All My Wheels adalah platform untuk segala dan apa sahaja yang berkaitan dengan roda.

Kami membantu anda menggayakan aksesori, melindungi, menyelenggara, membeli atau menjual apa-apa sahaja yang mempunyai roda, sama ada anda memiliki kereta, motosikal, basikal, skuter elektrik dan e-basikal.

Ciri-ciri hebat ini dapat membantu pengguna

untuk memantau kenderaan, dokumen, dan bengkel servis kenderaan mereka. Kami juga menawarkan ciri tambahan seperti perancang perjalanan, perkhidmatan tempahan janji temu dan mendapatkan alat ganti.

Kami akan bersama untuk setiap kitaran hayat kenderaan anda. Daripada membuat kajian tentang kenderaan yang hendak dibeli, belajar tentang cara menyelenggara kenderaan, dan sekiranya anda ingin menjualnya, kami bersedia membantu.

Semuanya dalam satu platform, All My Wheels.

Mengapa guna All My Wheels?

All My Wheels akan membantu anda mencari tawaran terbaik dan mengingatkan anda apabila tiba masanya untuk menyelenggara kenderaan . Ia boleh membantu anda mengurus & menyimpan semua dokumen kenderaan seperti sijil hak milik, cukai jalan, lesen dan sebagainya.

All My Wheels akan membantu anda menjimatkan wang. Dengan berurus niaga di platform kami, anda akan mendapat rebat dan baucar yang boleh anda tebus dan gunakan untuk menjimatkan petrol, penyelenggaraan berkala atau insurans anda.

All My Wheels akan membantu anda berkongsi pengetahuan dan belajar daripada yang berpengalaman tentang kenderaan, pemanduan terbaik, tawaran istimewa, promosi, berita & banyak lagi.

Pasukan Kami

Diasaskan oleh sekumpulan “Kaki Motor” yang berpengalaman dalam bidang Fintech, All My Wheels menyasarkan untuk menjadi platform pilihan untuk segala dan apa sahaja yang berkaitan dengan roda.

Kami mahu memberi orang ramai satu alternatif yang boleh dipercayai kepada industri automotif yang amat mengelirukan, secara digital. Dengan teknologi digital hari ini dan akan datang, kami mahu menjadi penentu trend dalam industri automotif sama ada dari sudut Penjagaan-Mengubahsuai-Naik Taraf-Menjual-Membeli-Melindungi kenderaan!

Saya tidak sabar, bila akan dilancarkan?

Kami sedang mengumpul dana untuk melancarkan All My Wheels sambil membina versi pertama kami. Jika anda berminat dengan All My Wheels dan ingin menyokong kami, anda boleh:

Ikuti kami di laman media sosial untuk mengetahui lebih lanjut dan makluman berkenaan tarikh pelancaran All My Wheels.

Top